Tuesday, February 23, 2010

Yang bernama insan


Kerdilnya insan



Kerdilnya insan,
Disini tempatnya insan berdiri,
Sujud kepada Ilahi,
Deraian air mata berlinangan,
Terkenang kerdilnya insan,

Laungan talbiah bergema,
Setiap kata penuh makna,
Yang tersurat dan yang tersirat,
Menyedarkan kerdilnya insan,
Kaki melangkah mara,
Mulut berkumat kamit,

Hati penuh dengan sendu keinsafan
Terbayang kerdilnya insan,
Mohon keampunan,
Mohon keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Kerana kerdilnya insan,

Kini insan mula terjaga,
Dari hidup yang penuh keingkaran,
Gaung kemaksiatan yang membinasakan,
Itulah kerdilnya insan,

Allah maha esa,
Allah maha pemampun,
Allah maha mengetahui,
Akan kerdilnya insan.

Nukilan: Lina ms ( http://www.familiazam.com/)

4 comments:

  1. Aiwa ya enna,,,kte manusia dan hamba yg kerdil di sisiNYA...

    ReplyDelete
  2. Betul kak...
    Allah maha kuasa...

    ReplyDelete
  3. banyakkanlah diri kita mengingatinya .. sesungguhnya DIAlah yang menciptakan kita semua .. ALLAHU AKHBAR ..

    ReplyDelete
  4. yea...
    kita di muka bumi ini seharusnya sentiasa mengingati-Nya...
    insyaALLAH hidup akan diberkati-Nya...

    ReplyDelete