Saturday, February 13, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Kind
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Di sini, saya ingin memberi sedikit sebanyak ilmu yang ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat dan pengunjung blog saya.
Marilah kita bersama-sama memulakan kehidupan seharian kita dengan kalimah yang suci ini iaitu kalimah



* Barangsiapa yang memuliakan kalimah بسم الله الرحمن الرحيم nescaya Allah akan mengangkat    namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


Sangat mudah untuk kita mengucapkan kalimah suci ini berbanding dengan lagu-lagu yang selalu kita nyanyikan. Dengan ini, marilah kita top-up pahala kita dengan sentiasa mengucapkan kalimah ini dan mulakanlah setiap pekerjaan kita dengan بسم الله الرحمن الرحيم.

Semoga setiap pekerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan kita diberkati oleh Allah S.W.T.Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment